Cukup- cukuplah Rafizi

b- a- Cukup- cukuplah Rafizi

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) kecewa apabila wakil rakyat pembangkang tidak putus-putus menyebarkan maklumat palsu tentang nilai kos projek MRT Lembah Klang di mana fasa pertama projek tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Dalam tempoh seminggu fasa pertama MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) beroperasi, kira-kira 210,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan tersebut.

Perkembangan memberangsangkan itu menunjukkan perkhidmatan MRT SBK telah disambut dengan penuh rasa semangat dan keterujaan dari kalangan rang ramai.

Di sebalik banyak fakta mengenai manfaat bagi projek MRT, wakil rakyat pembangkang iaitu Rafizi Ramli telah menyifatkan Projek MRT Lembah Klang sebagai projek yang tidak baik.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi apa-apa penjelasan berkaitan mengapa sistem pengangkutan awam itu tidak baik untuk orang ramai.
[/vc_column_text][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”1770″ img_size=”full”][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”1771″ img_size=”full”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]