BR1M bukan rasuah

b- a- BR1M bukan rasuah

[vc_row][vc_column width=”2/3″][vc_column_text]Pemberian wang tunai (cash handouts) kepada rakyat yang layak bukanlah sesuatu yang baharu malah negara-negara maju seperti United Kingdom dan Singapura turut mengamalkan sistem sedemikian sejak sekian lama.

Malah Ogos lalu, sekumpulan pakar ekonomi progresif Britain mencadangkan supaya pemberian wang tunai secara langsung diberikan kepada isi rumah sebagai langkah untuk merangsang ekonomi negara tersebut.

Langkah ini jauh lebih baik berbanding melakukan pemotongan kadar faedah.
Sebenarnya, keputusan Malaysia memperkenalkan pemberian wang tunai terus bermula 2012 lalu adalah tindakan yang terlewat kerana negara selama ini sangat memfokus kepada pemberian subsidi secara umum yang mana ianya dinikmati oleh semua golongan tanpa mengira latar belakang pendapatan.

Apa yang lebih menyedihkan, kira-kira 80 peratus subsidi dinikmati oleh golongan kaya dan pihak industri berbanding rakyat berpendapatan rendah.
Perkara ini telah dinyatakan oleh banyak pihak antaranya Institut Kajian Khazanah (KRIS), sebuah badan bukan kerajaan yang dibiayai oleh Khazanah Nasional Bhd., yang menyatakan, sistem subsidi di negara ini perlu dilakukan reformasi supaya lebih tepat kepada golongan sasar.

KRIS dengan itu mencadangkan supaya diberikan bantuan tunai seperti BR1M kepada golongan sasar.

Dalam terbitan pertamanya pada 2014 bertajuk “Keadaan Isi Rumah”, KRIS menegaskan subsidi bukan cara terbaik untuk membantu rakyat berpendapatan rendah kerana wang diperuntukkan lebih elok jika disalurkan kepada sektor-sektor yang lebih produktif untuk menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup hari ini, bantuan tunai seperti BR1M amat membantu golongan sasar untuk menjalani kehidupan.[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/3″][dt_call_to_action text_align=”center”]

“Kira-kira 80 peratus subsidi dinikmati oleh golongan kaya dan pihak industri berbanding rakyat berpendapatan rendah.”

[/dt_call_to_action][vc_single_image image=”1736″ img_size=”full”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][ultimate_spacer height=”35″][dt_fancy_title title=”BR1M Rasuah? Apa Kata Mereka” title_size=”h2″][ultimate_spacer height=”35″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/6″][vc_single_image image=”1745″ img_size=”150×150″ style=”vc_box_circle_2″][vc_column_text]Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail

“BR1M adalah tanggung jawab kerajaan kepada rakyatnya yang memerlukan. Maka ia bukan satu bentuk rasuah. Mereka ini golongan yang layak untuk mendapat bantuan daripada kerajaan dan dengan itu kerajaan perlu memberinya.”[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/6″][vc_single_image image=”1750″ img_size=”150×150″ style=”vc_box_circle_2″][vc_column_text]Mufti Perlis, Datuk Asri Zainul Abidin

“Dalam soal bantuan BR1M, pihak yang memberi itu tidak pula menyatakan mereka mahu sesuatu ganjaran atau timbal balik daripada penerima, sebaliknya memaklumkan ia merupakan pemberian berupa bantuan.

“Malah bantuan itu diberi khusus bagi meringankan beban penerima, jadi konsep berkenaan bukanlah satu rasuah.”[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/6″][vc_single_image image=”1758″ img_size=”150×150″ style=”vc_box_circle_2″][vc_column_text]Datuk Seri Johari Abdul Ghani

“Pemberian BR1M tidak harus dieksploitasi oleh ahli politik yang tidak berpuas hati kerana akan memberi kesan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

“Perbuatan itu bukan sahaja menghina penerima BR1M, malah menggambarkan sifat negatif diamalkan pihak pembangkang terhadap usaha murni kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan BN tidak pilih kasih atau mengetepikan pihak tertentu apabila menjaga kebajikan rakyat.[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/6″][vc_single_image image=”1759″ img_size=”150×150″ style=”vc_box_circle_2″][vc_column_text]Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

“Sungguh mengecewakan apabila pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad terus berkeras menyatakan bahawa BR1M adalah rasuah. Kali ini, Dr Mahathir mendakwa BR1M menyalahi undang-undang.

“Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalan presidennya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir merupakan penyokong kuat BR1M sebelum ini. Adakah Dr Mahathir menuduh mereka (Muhyiddin dan Mukhriz) juga terlibat dengan rasuah?.
[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/6″][vc_single_image image=”1762″ img_size=”150×150″ style=”vc_box_circle_2″][vc_column_text]Presiden Pertubuhan Pusat Aduan Rakyat Malaysia (PAR), Datuk A. Chandrakumanan

“Pemberian BR1M tidak harus dieksploitasi oleh ahli politik yang tidak berpuas hati kerana akan memberi kesan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

“Perbuatan itu bukan sahaja menghina penerima BR1M, malah menggambarkan sifat negatif diamalkan pihak pembangkang terhadap usaha murni kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan BN tidak pilih kasih atau mengetepikan pihak tertentu apabila menjaga kebajikan rakyat.
[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/6″][vc_single_image image=”1764″ img_size=”150×150″ style=”vc_box_circle_2″][vc_column_text]Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Madius Tangau

“Pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi relevan kerana ia lebih kepada kepentingan peribadinya.

“Sejak dilaksanakan pada 2012, BR1M terbukti dapat membantu golongan berpendapatan rendah.

“Jika dulu (bantuan diberi) dalam bentuk subsidi. Kali ini, kerajaan buat bersasaran, dengan BR1M disasarkan kepada golongan B40. Bagaimana pula ia dikatakan rasuah.”

hadap usaha murni kerajaan Barisan Nasional (BN).[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]