2017: Perpaduan komuniti India fokus utama MIC

b- a- 2017: Perpaduan komuniti India fokus utama MIC

[vc_row margin_top=”0″ margin_bottom=”10″][vc_column][vc_column_text]Perpaduan antara komuniti India yang akan membantu mentransformasikan masyarakat itu adalah antara fokus dan azam utama MIC bagi tahun 2017.

Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata perpaduan dan kerjasama antara masyarakat India di negara ini dalam semua aspek termasuk politik penting agar komuniti tersebut mampu jalan seiring dengan pembangunan negara.
“Laluan kami mungkin berbeza tetapi matlamat kami adalah sama. Mari kita bersatu dengan satu suara dan menuju matlamat yang sama dan bersatu demi kebaikan masyarakat India.

“Saya berharap suara masyarakat India yang bersatu akan mewakili keperluan kaum India supaya kami dapat mentransformasikan masyarakat India,” katanya.
Selain itu, beliau berkata usaha meningkatkan taraf hidup kaum India di negara ini yang akan terus dilaksanakan turut menjadi agenda murni parti kaum India terbesar di negara ini pada 2017.

“Usaha itu amat jelas dan terbukti dengan penglibatan agensi kerajaan seperti Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED), Unit Khas Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Masyarakat India (SITF),” katanya.

Beliau menjelaskan usaha gigih melalui agensi-agensi tersebut akan dipertingkatkan lagi tahun ini bagi mencapai matlamat kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membangun dan memperkasa komuniti India.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata parti berusia 70 tahun itu juga akan menerajui semua usaha untuk melancarkan dan melaksanakan Pelan Pembangunan Kebangsaan Masyarakat India demi memastikan dasar-dasar yang telah digubal untuk kebaikan komuniti India akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]