MRT Untuk Kesejahteraan Rakyat

b- a- MRT Untuk Kesejahteraan Rakyat

[vc_row][vc_column][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_column_text]Projek Transit Aliran Massa (MRT) dilihat sebagai permulaan perjalanan baharu kepada negara yang menjadi ‘game changer’ dan penanda aras kepada semua perancangan di masa hadapan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia merupakan projek berpaksikan rakyat yang holistik, dan bukan sekadar sebuah pengangkutan awam.

“Kerajaan memandang dan melakukan kajian mendalam dari segi kehidupan rakyat, mengambil kira jaringan rangkaian, kepadatan penduduk, aliran trafik, keperluan pengguna dan sebagainya.
“Malah lebih daripada itu, kita juga memberi penekanan khusus terhadap kesalinghubungan batuan pertama dan terakhir, ‘first and last mile connectivity’,” katanya.

[/vc_column_text][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”1778″ img_size=”full”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][vc_row_inner][vc_column_inner][vc_single_image image=”1781″ img_size=”full”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][vc_row_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_column_text]Najib merasmikan Fasa 1 MRT Laluan SBK (Sungai Buloh-Kajang) meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan.

Najib berkata beliau terpaksa mewarisi legasi pucuk pimpinan terdahulu yang merencana pembinaan pengangkutan awam bandar tetapi tidak memikirkan rakyat dan kesan jangka panjang.

“Misalnya, rakyat digalakkan menaiki tren KTM di sesuatu kawasan, tetapi dari sudut pandang rakyat atau pengguna mungkin ada masalah untuk mereka bergerak dari rumah ke stesen tersebut.

“Kebanyakan masalah ini adalah masalah legasi, saya warisi daripada pucuk pimpinan terdahulu yang merencana pembinaan pengangkutan awam bandar bukan dengan memikirkan rakyat dan kesan kepada mereka di kemudian hari atau pada jangka masa panjang,” katanya.[/vc_column_text][/vc_column_inner][vc_column_inner width=”1/2″][vc_single_image image=”1783″ img_size=”full”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][vc_row_inner][vc_column_inner][vc_column_text]Bagaimanapun, Najib berkata kerajaan kini telah merencana pengubahsuaian dan transformasi perkhidmatan pengangkutan awam negara sebagai satu daripada fokus utama negara dengan melakukan pelbagai penambahbaikan terhadap kemudahan LRT, Komuter, bas, teksi dan yang terkini projek MRT.

“Kini, saya gembira menyatakan bahawa hasil usaha terkini itu telah sedia untuk rakyat nikmati bermula 16 Disember ini,” katanya.

Bagi Fasa 1 MRT Laluan SBK, sebanyak 112 bas pengantara turut disediakan di stesen-stesen dengan laluannya termasuk kawasan tumpuan dan kawasan perumahan.

Inisiatif ini memberi pengguna pilihan, sama ada menggunakan bas pengantara untuk ke stesen MRT dan seterusnya destinasi akhir di dalam bandar, atau memandu kenderaan persendirian dan menggunakan kemudahan Park-And-Ride yang disediakan di beberapa stesen MRT terpilih.[/vc_column_text][vc_single_image image=”1784″ img_size=”full”][/vc_column_inner][/vc_row_inner][/vc_column][/vc_row]