Najib kotakan kata-kata bawa pulang rakyat Malaysia

b- a- Najib kotakan kata-kata  bawa pulang rakyat Malaysia

SEPANG – Datuk Seri Najib telah menunaikan janjinya untuk membawa pulang sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang meninggalkan Pyongyang, Korea Utara, sejak 7 Mac lepas.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata pada awal episod malang ini, perdana menteri telah berjanji kepada kakitangan kedutaan dan ahli keluarga masing-masing yang bimbang dengan keselamatan mereka.

Katanya, Najib juga berjanji bahawa kerajaan Malaysia akan melakukan apa sahaja yang sebaik mungkin untuk membawa mereka kembali dan akan menggunakan setiap sumber dan usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

“Perdana Menteri terlibat secara langsung dan mengikuti setiap langkah secara dekat dalam proses rundingan sehingga membawa kepada pelepasan sembilan rakyat Malaysia.

“Hari ini, janji ini telah dipenuhi,” katanya pada sidang media selepas menyambut kepulangan sembilan rakyat Malaysia di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
— LAGI