Peniaga bersyukur dapat Bazar MARA baharu

b- a- Peniaga bersyukur dapat Bazar MARA baharu

SEMENYIH – Peniaga-peniaga yang menyewa Bazar Majlis Amanah Rakyat (MARA) di sini menyifatkan langkah kerajaan mewujudkan pusat perniagaan baru di tempat mereka telah memberi nafas dalam merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Malah, rata-rata mereka yang ditemui memberitahu, aktiviti perniagaan di pekan Semenyih semakin hebat dengan kewujudan bangunan baru itu yang mampu menarik minat orang ramai untuk berkunjung.

Seorang peniaga, 49, berkata, dia bersyukur kerana terpilih untuk menjadi penyewa di salah satu lot kedai di bangunan berkenaan.

Dastina Tamrin

 

Katanya, dia tidak menyangka sejak memulakan perniagaan di situ kedainya tidak henti-henti dikunjungi pelanggan sejak pagi hingga ke malam.

“Mungkin lokasinya yang memang sudah diketahui oleh penduduk di sini menyebabkan bazar ini mendapat tumpuan.

“Setakat ini saya boleh mendapat keuntungan sehingga RM30,000 sebulan selepas ditolak gaji pekerja seramai dua orang,” katanya kepada TheRakyat.com.

Bagi Rozana Endut, 43, pula jualan kasut yang dipilih sebagai perniagaannya disitu memberi pulangan rezeki yang berbaloi.

Rozana Endut

 

Katanya, bazar MARA menjadi pilihan orang ramai untuk dikunjungi ekoran lokasinya yang strategik serta mempunyai kemudahan yang pelbagai.

“Di sini tempat untuk letak kenderaan pun banyak. Jadi tak perlu susah mereka hendak mencari tempat yang jauh untuk meninggalkan kenderaan.

“Lagipun, kawasan ini luas dan bangunan juga cantik berbanding yang lain-lain. Sudah tentu itu juga menjadi daya penarik mereka mahu singgah berkunjung,” ujarnya.

Sementara itu seorang pengusaha salon Fizree Ibrahim, 30, berkata, dia sangat selesa menjalankan bisnesnya di situ lebih-lebih lagi ia merupakan bangunan baru.

Fizree Ibrahim

 

Katanya, bayaran sewa sebanyak RM700 sebulan yang perlu dibayar kepada MARA tidak menjadi masalah kerana ia digantikan dengan pulangan perniagaan yang sangat berbaloi.

“Bayaran sewa itu tidak terlalu tinggi dan kami peniaga di sini masih lagi mampu membayarnya.

“Lagipun bazar ini memang sudah dikenali dan apa pun ia tetap dikunjungi oleh masyarakat setempat.

“Saya rasa sangat bertuah kerana terpilih untuk berniaga di sini dan berharap dapat kekal menjalankan perniagaan di situ hingga bila-bila,” katanya.

Hari ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Bazar Semenyih yang merupakan inisiatif MARA untuk memperhebat keusahawanan Bumiputera.

Melalui program Transformasi Premis Luar Bandar, bangunan bazar yang mempunyai 14 lot kedai itu telah beroperasi sejak September tahun lalu dengan pelbagai aktiviti perniagaan seperti, salon, kedai makan, kedai buku, kedai kasut dan banyak lagi.

KOMEN

WORDPRESS: 0