Kerajaan bina tiga penempatan untuk nelayan di Terengganu

b- a- Kerajaan bina tiga penempatan untuk nelayan di Terengganu

DUNGUN – Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membina tiga penempatan baharu untuk golongan nelayan di Terengganu bagi memastikan mereka memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata kos pembinaan projek khas penempatan nelayan (penempatan semula) itudianggarkan bernilai RM31 juta.

“Daripada jumlah itu, kerajaan negeri dijangka membelanjakan RM18 kita manakala bakinya daripada kerajaan persekutuan iaitu RM13 juta.

“Lokasi yang dikenal pasti ialah di Pulau Sekepeng di Kemaman yang menempatkan 72 unit dan masing-masing 64 unit rumah di Seberang Penarik, Setiu dan Beting Lentang di Besut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis melabuhkan tukun tiruan di perairan Dungun di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali dan Pegawai Pembangunan Parlimen DungunDatuk Din Adam.

Muhammad Pehimi berkata keutamaan akan diberi untuk nelayan yang masih belum memiliki rumah sendiri.

“Selain rumah, LKIM juga akan membantu golongan nelayan ini meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka dengan pembangunan industri hiliran berasaskan ikan seperti penghasilan keropok lekor dan keropok keping.

“Ia akan menjadi perumahan yang terancang untuk golongan nelayan sebagai bukti kecaknaan kerajaan terhadap kebajikan mereka,” katanya.    — BERNAMA

KOMEN

WORDPRESS: 0