Aktiviti kebajikan wujudkan ‘momen perpaduan’ – Najib

b- a- Aktiviti kebajikan wujudkan ‘momen perpaduan’ – Najib

KUALA LUMPUR – Aktiviti kebajikan boleh mewujudkan momen perpaduan bagi mengeratkan perpaduan rakyat negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata selain sukan, aktiviti kebajikan yang bertujuan membantu ‘golongan yang memerlukan’, wajar dijadikan platform memupuk perpaduan kaum.

“Jika sukan boleh menjadi satu medium yang boleh memupuk semangat perpaduan tidak kenal warna kulit, agama dan budaya, menolong orang susah pada saya juga momen perpaduan, kerana kita membantu sesiapa yang perlukan bantuan dan mendapat ganjaran. Kalau orang Islam, dapat pahala.

“Seperti majlis hari ini, semua bangsa datang bersama,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Pusat Jagaan Warga Emas Ti-Ratana di Desa Petaling di sini Rabu.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalannya Datuk Loga Bala Mohan.

— BERNAMA

KOMEN

WORDPRESS: 0