Kalau nak menang jangan segan silu guna media sosial

Kalau nak menang jangan segan silu guna media sosial

MAKIN hari, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin dekat. Para pemimpin politik sudah mula tidak duduk diam. Masing-masing sudah mengatur strategi untuk menawan pengundi. Komunikasi bersemuka semakin kerap dilakukan. Ini dapat dilihat melalui pelbagai program turun padang untuk mendengar dan mengatasi masalah rakyat.

Wakil rakyat yang dahulu susah hendak nampak batang hidung kini mula muncul di pasar, di gerai-gerai dan berjalan kaki dari kedai ke kedai untuk `mengingatkan’ pengundi supaya pilih mereka sekali lagi.

Biasanya ini merupakan perangai wakil rakyat bidan terjun. Asal dari tempat lain tetapi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen lain. Akibatnya, selepas menang terus hilang dan muncul semula ketika musim pilihan raya.

Komunikasi bersemuka ini penting dalam mendekati dan memperkenalkan diri kepada pengundi. Dan ini sudah menjadi amalan sejak pilihan raya pertama di adakan di negara ini pada tahun 1955.

Namun, wajah kempen pilihan raya mula berubah secara dramatic dengan terciptanya internet dan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Jika dahulu propaganda-propaganda kempen ditaburkan melalui kempen bersemuka dan media-media massa terutama radio, televisyen dan akhbar, kini internet merupakan medium yang cukup luar biasa dalam menentukan keputusan pilihan raya.

Hari ini berjuta-juta mesej, propaganda dan kempen `ditaburkan’ di internet tanpa ada sebarang tapisan. Propaganda ini berlarutan hingga kepada penyebaran fitnah, berita palsu dan pelbagai perkara jelek lain yang sebahagian besarnya amat mempengaruhi pengundi.

Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram merupakan platform yang cukup popular yang paling kerap digunakan oleh tentera-tentera propaganda politik tanpa mengira masa.

Bagi para pemimpin Barisan Nasional (BN) istilah Red Bean Army tentunya masih terngiang-ngiang di telinga dan bermain-main di kepala yang mana ia merupakan sebahagian daripada penyumbang kepada tsunami politik pada PRU13.

Maksudnya apa? Jika mahu berjaya dalam pilihan raya akan datang, kepentingan media sosial tidak boleh dipandang enteng.

Anggapan atau tanggapan bahawa itu hanya untuk orang muda hanya akan mengundang padah.

Setiap jentera parti perlu mahir `bermain’ dengan media sosial tanpa mengira umur. Mereka yang menjadi calon pula terutamanya mesti bijak menempatkan diri dalam ruang siber ini.

Kita kena berpijak di bumi yang nyata. Hari ini berapa kerat lagi orang yang sanggup memberi akhbar dari warung-warung di tepi jalan dan menelaahnya? Berapa lagi pula yang sanggup klik di www.yyy.com untuk mendapatkan berita?

Kita sendiri sudah tidak berbuat demikian? Kenapa? Sebab kita mahukan sesuatu maklumat itu sampai ke hujung jari kita melalui telefon bimbit dan gajet-gajet komukasi yang semakin canggih sekarang ini.

Masyarakat sekarang mengakses maklumat melalui Facebook, twitter, Instagram, weechat, Line, Snapchat dan sebagainya.

Jika maklumat, aktiviti, perkembangan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan calon dan parti tidak disebarkan secara aktif melalui media sosial ini maka sudah tentu parti itu akan ketinggalan.

Malah PRU14 juga menyaksikan perang persepsi yang disebar luas melalui media sosial. Segala cerita-cerita negatif tentang dasar dan pemimpin kerajaan semuanya disebarkan melalui media sosial.

Gagal menguasai media sosial bermakna parti politik terbabit tewas dalam perang persepsi ini yang seterusnya boleh membawa kepada kekalahan pada pilihan raya.

Perlu diingat bahawa penggunaan  media sosial dalam politik secara dramatiknya telah mengubah cara kempen dijalankan.

Siapa yang perlukan media konvensional jika maklumat yang disebarkan melalui media sosial boleh sampai kepada berjuta-juta orang dalam masa yang singkat.

Ini bukan bermakna media tradisional sudah tidak ada peranan dalam kempen pilihan raya. Perana radio, televisyen dan akhbar masih ada, tetapi, impak media sosial jauh lebih besar.

Melalui media sosial, pengurusan kempen dan imej calon boleh dilakukan secara masa nyata dengan kos yang sangat rendah.

Ingatlah, jika mahu berjaya pada PRU14 jangan segan silu untuk bergaul di media-media sosial. Perlu selalau ada engagement di media-media sosial antara wakil rakyat dengan pengundi supaya mereka boleh mendapat maklumat secara terus.

Malah, pengundi juga boleh berinteraksi secara langsung dengan wakil rakyat atau calon yang akan bertanding. Kesempatan ini sudah tentu dapat digunakan untuk membersihkan persepsi-persepsi buruk dan finah yang tersebar.

Manfaatkan sebaik-baiknya kewujudan media sosial ini jika mahu terus kesinambungan dalam politik dan menang dalam pilihan raya.

Fakta tidak pernah berbohong. Berdasarkan laporan Reuters, pada tahun l2016 pengguna internet di Malaysia meningkat kepada 26.5 juta orang berbanding 24.1 juta pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 89.3 peratus adalah pengguna media sosial. Angka ini cukup besar.  Aplikasi tertinggi digunakan penduduk Malaysia adalah Facebook iaitu 58 peratus diikuti Whatsapp (51 peratus), Youtube (26 peratus) dan WeChat serta Instagram masing-masing 13 peratus.

Pemilik akaun  Twitter pula meningkat 13.7 peratus tahun 2016 berbanding hanya 5.1 peratus pada 2015 dengan Instagram merekodkan peningkatan pemilik akaun paling ketara sebanyak 36.4 peratus dengan jumlah pada 2016 seramai 12.3 juta.

Bayangkan jika satu maklumat disebarkan melalui facebook, twitter dan Instagram ia akan sampai kepada berapa juta orang?

Sebab itu media sosial telah menjadi medium propaganda yang sangat berkesan dalam PRU14 ini.

Angka-angka yang ditunjukkan cukup jelas bagaimana pengundi-pengundi di Malaysia sekarang menjadikan media sosial sebagai sumber rujukan utama mereka.

Perlu juga diingat bahawa daftar pemilih yang diluluskan untuk PRU14 mempunyai jumlah pengundi baharu yang cukup besar dan majority mereka adalah pengguna tegar media sosial. Golongan ini bergantung kepada media sosial sepenuhnya untuk mendapatkan apa juga maklumat termasuk siapa calon yang akan mereka undi pada pilihan raya nanti.

Jadi, mereka yang bijak memanfaatkan media sosiak akan lebih dikenali dan lebih mudah untuk mendekati pengundi.

Kegagalan memanfaatkan `kebangkitan’ media sosial ini boleh menyebabkan parti tewas pada PRU14. – theRakyat

KOMEN

WORDPRESS: 7
  • comment-avatar

    Terbaikkk

  • comment-avatar
    Halim mohd 4 bulan yang lalu

    Tulis dengan betul, ejaan dan ayat mesti betul, buat proof reading sebelom posting, baru sedap baca.

  • comment-avatar
    Mohammad Safuan Abdul Rahim 4 bulan yang lalu

    Ya benar media sosial adalah suatu alat untuk mencapai kemenangan dalam PRU 14.Tetapi ianya hendaklah digunakan secara yang berhemah dan rasional.Alat tidak menghalalkan cara.Touch point bersama pengundi juga diperlukan.Media sosial..juga tapi jangan syok sendiri.Keputusan Kemenangan PRU 14 banyak bergantung kepada pilihan pemilih berdaftar (rakyat) untuk PRU 14 dan dengan izin Allah.Allah berkuasa menentukan kepada siapa yang akan diberi kuasa dan ditarik kuasanya..Sesungguhnya kepada Allah kita berserah.

  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    buat sebaik baiknya

  • comment-avatar
    Shamsudin bin Abd Ghani 4 bulan yang lalu

    Y.A.B. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Y.B. Senator Datuk Hamzah bin Mohd Kasim, Ketua Umno Bahagian merangkap Ahli Dewan Negara antara pemimpin yang terbaik di Perak. Teruskan membela Rakyat.