Bertaubatlah siapa yang fitnah saya – Kamalanathan

b- a- Bertaubatlah siapa yang fitnah saya – Kamalanathan

CYBERJAYA – Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan bertindak membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung fitnah salah guna kuasa dan penyelewengan terhadap dirinya.

Menyangkal dakwaan itu, Kamalanathan yang juga pimpinan MIC Pusat berkata, fitnah melulu yang dibuat ke atasnya itu didakwa datangnya daripada seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama TMM 2.0 extra.

“Tuduhan ini adalah sesuatu yang amat menjijikkan, bertaubatlah pada sesiapa yang membuat tuduhan ini.

“Saya hanya dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan pada 16 Mei 2013 iaitu tiga bulan selepas pelantikan syarikat berkenaan oleh Kementerian Kewangan, bagaimana pula boleh timbul saya yang menganugerahkan pelantikan itu, sedangkan ia bukan di bawah bidang kuasa saya?” soalnya hari ini.

Tuduhan itu mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa selaku timbalan menteri dan melakukan penyelewengan dengan bersubahat dalam pelantikan syarikat kontraktor membabitkan 39 projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil  menerusi Pakej Rangsangan Khas 2012.

Jelasnya lagi, projek itu berjumlah RM100 juta dalam Pakej Rangsangan Khas yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perbentangan Bajet 2012. -theRakyat.

KOMEN

WORDPRESS: 0