Bukan semua anak Karpal sokong Tun M

b- a- Bukan semua anak Karpal sokong Tun M

PULAU PINANG – Nampaknya bukan semua anak beranak mendiang Karpal Singh bersetuju dengan pembangkang.

Terbaharu, anak perempuan orang kuat DAP itu, Sangeet Kaur Deo berpendapat pemilihan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri oleh Pakatan Harapan (PH) seolah-olah gabungan pembangkang ketandusan pemimpin muda.

Seperti biasa mengulas kritikan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan bantahan Sangeet tidak memberi kesan besar.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang itu yakin keputusan menamakan Mahathir itu disokong majoriti ahli DAP.

“Ahli DAP yang setia akan sokong, namun ada yang berpura-pura berada dalam parti tetapi tidak sokong keputusan parti,” katanya dalam sidang media hari ini.

Semalam, selain mempersoal keputusan itu, Sangeet juga mendakwa PH semakin kekurangan strategi kerana mereka sepatutnya menumpukan soal dasar dan prinsip.

Beliau juga dilaporkan berkata, sekiranya ayahnya masih hidup karpal juga tidak bersetuju dengan pemilihan Mahathir.-theRakyat

KOMEN

WORDPRESS: 0