Pemimpin PH sanggup jilat ludah sendiri

b- a- Pemimpin PH sanggup jilat ludah sendiri

PULAU PINANG – Sikap pembangkang yang memilih bekas musuh sebagai calon Perdana Menteri sementara bagaikan menjilat ludah sendiri.

Bekas ahli seumur hidup DAP, Dr. Shamsher Singh Thind berkata, perbuatan tersebut dilakukan semata-mata kerana mahu memastikan kelangsungan kerjaya politik sesetengah pemimpin Pakatan Harapan (PH).

“Isu mata wang asing forex, projek kad pengenalan, serangan terhadap sistem kehakiman dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini semuanya sudah dilupakan pembangkang.

“Malah, isu berkenaan Perbadanan Fidlot Nasional pun sudah dilupakan selepas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini bersama pembangkang,” katanya hari ini.

Dalam masa sama, Shamsher turut menempelak pemimpin DAP yang bersorak ketika Mahathir mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dihadkan hanya kepada dua penggal.

Menurutnya, DAP seolah-olah terlupa individu yang mencadangkan perkara tersebut pernah memegang jawatan berkenaan selama 22 tahun.-theRakyat

KOMEN

WORDPRESS: 0