Amaran jangan sabotaj parti

b- a- Amaran jangan sabotaj parti

KUALA LUMPUR – Sabotaj parti sendiri atau parti komponen menjelang pilihan raya umum memang pernah berlaku dan dikhuatiri akan berlaku lagi.

Sebab itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib MCA awal-awal lagi telah memberi amaran kepada ahli-ahli parti itu supaya menjaga disiplin parti menjelang PRU-14.

“Saya dan anggota dalam jawatankuasa disiplin membuat suatu sidang media untuk memberi peringatan atau amaran kepada semua ahli-ahli MCA seluruh negara kita jangan mengetepikan disiplin.

“Supaya ahli kita bertindak dengan betul tidak mensabotaj imej parti MCA. Tidak kira sama ada kita sabotaj imej MCA, calon MCA atau calon parti lain dalam BN atau panggil orang tak undi BN,” kata Tan Sri Chor Chee Heung dalam sidang media hari ini.

Tambah Chee Heung, mana-mana perlakuan yang melibatkan pelanggaran disiplin termasuk sabotaj calon atau parti komponen, berisiko untuk dipecat serta merta sebagai ahli sejajar dengan perlembagaan MCA.

“Jika ada bukti jawatankuasa tatatertib MCA akan mengambil tindakan yang cukup tegas.

“Banyak hukuman boleh diambil pecat dari parti amaran dan digantung,” katanya lagi.

Chee Heung turut mendedahkan isu disiplin merupakan salah satu topik yang disentuh dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN baru-baru ini sehubungan itu ia perlu dipandang serius.

Turut hadir dalam sidang media Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib MCA, Lim Si Cheng dan Ahli Jawatankuasa Tatatertib, Tan Kok Hong yang turut mengingatkan semua ahli tersebut tidak menjejaskan imej MCA.  – theRakyat

KOMEN

WORDPRESS: 0