Keselesaan rakyat agenda utama PBRS – Joseph Kurup

Keselesaan rakyat agenda utama PBRS – Joseph Kurup

SOOK – Penyediaan infastruktur serta kemudahan asas yang baik bagi memenuhi keperluan dan keselesaan rakyat menjadi agenda perjuangan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Sejak hari pertama memenangi pilihan raya, saya terus bekerja untuk rakyat. Mengenalpasti segala pemasalahan rakyat dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

“Bukan macam sesetengah pihak yang hanya muncul apabila menjelang pilihan raya dan menabur janji kepada rakyat.” Kurup berkata ketika berucap kepada penduduk Kampung Penggeridan.

Tan Sri Joseph Kurup yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, bagi memastikan penduduk mendapatkan bekalan air yang berterusan, beliau telah memberi tangki air supaya mereka boleh menyimpan air untuk kegunaan harian dan dapat menjimatkan penggunaan bekalan air.

Bantuan tersebut menunjukkan keperihatinan Kerajaan Barisan Nasional ke atas permasalahan yang dihadapi oleh rakyat khususnya di kawasan pendalaman.

Pada majlis tersebut,  Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan telah menyampaikan 30 tangki air beraiz 500 gallon kepada penduduk Kampung Penggeridan.

Keselesaan rakyat agenda utama PBRS - Joseph Kurup

Bantuan tangki air ini diberikan kepada beberapa buah kampung yang memerlukan disebabkan tiada punca bekalan air graviti seperti di Kampung Magatang dan Kampung Bomboi.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut, Mahmud Moggong iaitu Ketua Cawangan PBRS Kampung Penggeridan merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Joseph Kurup di atas sumbangan tersebut.

Katanya, beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa turun padang bagi meninjau permasalahan rakyat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Arthur Joseph Kurup (Timbalan Presiden PBRS), Tuan Haji Mahmud Moggong (Ketua Cawangan PBRS Kg Penggeridan), Edward Yong (Bendahari PBRS). – theRakyat

*Artikel sumbangan pejabat Tan Sri Joseph Kurup.

KOMEN

WORDPRESS: 0