Najib dan pemimpin Gerakan bincang persediaan PRU14

b- a- Najib dan pemimpin Gerakan bincang persediaan PRU14

Dalam pertemuan sejam itu, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong membentangkan strategi parti itu dalam menghadapi PRU14 kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini pemimpin MCA dan Gerakan bersama gerombolan ahli kedua-dua parti mengadakan pertemuan yang julung kali dalam sejarah penubuhan komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Inisiatif itu jelas ke arah persepakatan dan kerjasama antara MCA dan Gerakan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak lama lagi.

Hari ini, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong menyambut pula kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat parti itu di Jalan Pudu Ulu tentunya bagi membincangkan isu-isu PRU14.

Pertemuan sejam yang dijalankan secara tertutup itu dikhabarkan berlangsung dengan Siew Keong membentangkan strategi Gerakan untuk menghadapi pilihan raya kelak.

Ia kemudian disusuli dengan amanat khas presiden parti kepada barisan kepimpinan Gerakan.

Pada PRU13, Gerakan bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 33 Dewan Undangan Negeri (DUN). – theRakyat

KOMEN

WORDPRESS: 0