Tak pelik PH berbeza pendapat di Selangor

Tak pelik PH berbeza pendapat di Selangor

KUALA LUMPUR – Perbalahan secara terbuka antara Parti Amanah Negara (PAN) Selangor dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak memeranjatkan kerana pendirian mereka berbeza-beza.

“Saya tak terperanjat kalau mereka tak boleh dapat satu kesepakatan kerana ini merupakan parti yang mempunyai agenda berbeza,” kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Mohd. Johari Abdul Ghani semasa ditemui wartawan ketika majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan di Taman Maluri hari ini.

Johari yang juga Menteri Kewangan II itu berkata, rakan parti pembangkang tidak boleh duduk lama bersama seperti mana Barisan Nasional (BN).

“Bila ada parti yang mempunyai agenda berbeza, agak sukar untuk kamu dapat kesepakatan bagi tempoh jangka masa panjang.

“Macam BN, kita mempunyai pertalian yang begitu lama, oleh kerana itu antara satu sama lain sentiasa memahami, jadi saya tidak terperanjat kalau mereka tidak bersatu,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim menyelar Azmin sebagai ‘joker’ kerana berbohong dalam soal rundingan kerusi PH di negeri itu.

Malah beliau menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai tidak layak untuk menjadi Menteri Besar dan Pengerusi PH Selangor kerana mendakwa PAN tidak amanah kerana menafikan jawatankuasa pembahagian kerusi PH di negeri itu sudah ditubuhkan.

Susulan kenyataan tersebut, ia mengundang kemarahan Azmin dan penyokong PKR yang menyifatkan ia suatu tindakan tidak beradab.-theRakyat

KOMEN

WORDPRESS: 0