Anggota tentera banyak jasa kepada negara, rakyat – Ku Nan

Anggota tentera banyak jasa kepada negara, rakyat – Ku Nan

Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) bersama isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki (dua kanan) diiringi Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Datuk Mokhtar (dua kiri) ketika hadir pada Kenduri 1 Wilayah Persekutuan Parlimen Bandar Tun Razak di Kem Tentera Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 04 FEBUARI 2018

KUALA LUMPUR – Anggota tentera banyak berjasa kepada negara sehingga meletakkan rakyat berada dalam aman sejahtera dan selamat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau sendiri tidak tahu bagaimana untuk membalas jasa anggota tentera ini, melainkan mendekati mereka melalui program kenduri dan gotong royong.

“Kami di luar sini, tidak tahu macam mana hendak ucapkan terima kasih kepada anggota tentera. Kita tahu mereka sentiasa bersama dengan kerajaan, dan saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan mereka.

“Sebab itu saya anjurkan program kenduri. Ia untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat.

“Saya bangga lihat masyarakat (ahli keluarga tentera) bergotong royong, berganding bahu memasak masakan untuk dihidangkan pada kenduri tengah hari ini,” katanya berucap pada majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Bandar Tun Razak di Kem Tentera Sungai Besi, di sini, hari ini.

Menurut Tengku Adnan, beliau tidak tahu macam mana hendak membalas jasa anggota tentera yang sama ada bertugas di kem, di luar membuat rondaan bersama pasukan penguatkuasaan lain sehinggakan timbul rasa kesian.

Tapi katanya, inilah hakikatnya bidang tugas tentera, yang membuatkan beliau tidak tahu untuk membalas jasanya.

“Sebab itu, saya minta Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berhubung dengan pegawai atasan tentera di Kem Sungai Besi untuk menyatakan hasrat kementerian untuk menganjurkan program kenduri, dengan tujuan dan niat merapatkan silaturahim.

“Selain itu, program ini kita bertujuan untuk kita nak ucapkan terima kasih kepada anggota tentera yang berkhidmat menjaga negara dan memberi perkhidmatan khususnya kepada warha Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Terima kasih banyak-banyak..saya tak tahu apa yang boleh saya beri…saya tak tau apa yang boleh saya nak laksanakan atas jasa anda selama 60 tahun menjaga keamanan negara ini. Menang tidak boleh kita buat perbandingan,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Tengku Adnan memberitahu, beliau bersama Menteri Dalam Negeri (KDN) yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan program mengecat bangunan flat yang diduduki warga Wilayah Persekutuan termasuk anggota tentera, polis dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kita akan adakan program mengecat dan membaiki flat perumahan rakyat (PPR), kediaman penjawat DBKL, polis, tentera, balai polis dan kuarters kakitangan KDN,” katanya. – therakyat

KOMEN

WORDPRESS: 0