Infografik

var htmlDiv = document.getElementById("rs-plugin-settings-inline-css"); var htmlDivCss=""; if(htmlDiv) { htmlDiv.innerHTML = htmlDiv.innerHTML + htmlDivCss; }else{ var htmlDiv = document.createElement("div"); htmlDiv.innerHTML = "" + htmlDivCss + ""; document.getElementsByTagName("head")[0].appendChild(htmlDiv.childNodes[0]); } /****************************************** - PREPARE PLACEHOLDER FOR SLIDER - ******************************************/ var setREVStartSize=function(){ try{var e=new Object,i=jQuery(window).width(),t=9999,r=0,n=0,l=0,f=0,s=0,h=0; e.c = jQuery('#rev_slider_2_2'); e.gridwidth = [1280]; e.gridheight = [720]; e.sliderLayout = "auto"; if(e.responsiveLevels&&(jQuery.each(e.responsiveLevels,function(e,f){f>i&&(t=r=f,l=e),i>f&&f>r&&(r=f,n=e)}),t>r&&(l=n)),f=e.gridheight[l]||e.gridheight[0]||e.gridheight,s=e.gridwidth[l]||e.gridwidth[0]||e.gridwidth,h=i/s,h=h>1?1:h,f=Math.round(h*f),"fullscreen"==e.sliderLayout){var u=(e.c.width(),jQuery(window).height());if(void 0!=e.fullScreenOffsetContainer){var…

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Mengamalkan konsep pasar mini, KR1M menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan harian dengan harga 30 – 50% lebih murah berbanding kedai atau pasar raya lain. Ia bertujuan mengurangkan beban perbelanjaan rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah yang menetap di kawasan bandar. Terdapat lebih 250 barangan runcit dijual di 185 cawangan KR1M di seluruh negara.

Klinik 1 Malaysia

Klinik 1Malaysia ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. Terdapat 334 buah Klinik 1Malaysia di seluruh negara dan kesemuanya terletak di kawasan strategik yang berdekatan dengan kawasan perumahan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema; rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah…

MRT

PROJEK MRT Lembah Klang(KVMRT) melibatkan pembinaan jaringan pengangkutan awam yang berasaskan rel, yang akan berintegrasi dengan sistem-sistem transit aliran ringan atau light rail transit (LRT), monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Sistem-sistem pengangkutan rel ini akan menjadi tulang belakang perkhidmatan pengangkutan awam kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembang Klang.

Projek ini diluluskan Kerajaan pada Disember 2010. Jajaran pertama yang dilaksanakan adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51km. Pembinaan jajaran ini telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Pada mulanya, projek MRT ini telah dicadangkan oleh satu konsortium sektor swasta pada awal 2010. Cadangan ini adalah untuk pembinaan sistem MRT dengan tiga jajaran.

Kerajaan telah membuat kajian atas cadangan tersebut dan meluluskan perlaksanaan jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang sebagai jajaran pertama sistem MRT Lembah Kelang. Kerajaan juga memutuskan dua jajaran yang lain akan dilaksanakan setelah kajian dijalankan melalui Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang yang dirangka oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Projek MRT Lembah Klang merupakan satu Projek Penggerak Ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, salah satu daripada 12 NKEA yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi (ETP). Program ini dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri.

Dengan adanya MRT di Lembah Klang, sasaran untuk menjadikan 50% daripada kesemua perjalanan yang dilakukan di kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang dengan menggunakan pengangkutan awam akan dapat dicapai.