Antara ECRL, Rafizi dan sentimen anak Kemaman

Antara ECRL, Rafizi dan sentimen anak Kemaman

BARU-BARU ini Rafizi Ramli mendakwa kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai harga ikan akan lebih murah selepas ada Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai tidak logik.

Malah Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR itu mendakwa Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Ahli Parlimen Kemaman seolah-olah memperdayakan rakyat dan orang Terengganu.

Rafizi menyelar juga memainkan sentimen beliau anak Kemaman seperti menteri terbabit tetapi Ahmad Shabery bernasib baik menjadi menteri.

Naib Presiden PKR itu seakan cuba menyampaikan kepada umum yang Ahmad Shabery Cheek seorang ‘tidak cerdik’.

Bagaimanapun Ahmad Shabery tidak ‘termakan’ dengan dakwaan politik seperti itu dan menjawabnya secara fakta tanpa serangan peribadi.

Pengerusi Pertubuhan Penggerak Nadi Rakyat, Syed Rosli Jamalullai yang berjumpa sendiri dengan Ahmad Shabery bagi penjelasan berkata, Rafizi sebenarnya lupa ECRL bukan sahaja membawa penumpang malah turut membawa kargo yang salah satu tugas mengangkut hasil laut.

“Saya telah berkempatan berjumpa beliau (Ahmad Shabery) semalam dan telah secara terus mahu mendapatkan jawapan dari beliau.

Menurutnya, kira-kira 70 peratus dari gerabak keretapi ECRL nanti akan digunakan sebagai gerabak kargo untuk mengangkut hasil laut,” katanya.

Apabila ECRL ini siap, kata Ahmad Shabery, sudah tentu ianya memberikan kesan ekonomi yang baik kepada pelbagai pihak terutama para nelayan dan juga rakyat di Lembah Klang yang cukup dahagakan harga ikan yang murah, kualitinya baik dan segar.

“Negeri seperti Kelantan,Terengganu dan Pahang akan mendapat tempias ekonomi yang baik nanti, katanya.

Satu lagi, menurut Ahmad Shabery, sejak tiga tahun kebelakangan ini, Jeti Tok Bali di Kelantan telah mencatatkan peningkatan pendaratan ikan yang tinggi iaitu peningkatan sehingga sebanyak 300 peratus.

Antara ECRL, Rafizi dan sentimen anak Kemaman

Peningkatan itu adalah berpunca dari penambahbaikan prasarana di jeti dan laluan bot serta negara Thailand telah diberikan kad kuning (amaran jikalau sehingga kad merah negara tersebut boleh dikenakan larangan mengeksport) oleh Kesatuan Eropah melalui Pemeriksa Suruhanjaya Maritim mereka semenjak dari tahun 2015.

Ini adalah kerana Thailand didapati mengeksport ikan mereka melebihi dari sepatutnya mengikut keluasan lautan mereka dan bermakna ada sesuatu yang tidak baik sedang berlaku.

Sebelum ini ada segelintir nelayan kita yang mendaratkan hasil tangkapan mereka di Thailand kerana memperolehi harga permintaan yang lebih tinggi berbanding di negara sendiri.

Menurut beliau, Shabery menjelaskan, sebelum ini ada segelintir nelayan tempatan yang mendaratkan hasil tangkapan mereka di Thailand kerana memperoleh harga permintaan yang lebih tinggi berbanding di negara sendiri.

Maknanya dahulu, kita import ikan dari Thailand, sekarang eksport ke Thailand pula, katanya.

Akhir sekali, Syed Rosli melihat serangan Rafizi mengkritik membuta tuli ini tidak lebih kepada sifat cemburu beliau terhadap anak Kemaman lain terutama Ahmad Shabery.

“Beliau (Ahmad Shabery) menteri yang cukup kuat berkerja siang dan malam demi memastikan agenda kerajaan dibawah kementerian beliau dilaksanakan dengan baik.

Perlu diingat, Rafizi hanya menyerang mereka yang terbaik sahaja untuk menjatuhkan mereka dan imej kerajaan.

Syabas Datuk Seri Ahmad Shabery dan warga kementerian,” kata Syed Rosli.-theRakyat

KOMEN

WORDPRESS: 0