Apa akan jadi dengan penjawat awam

Apa akan jadi dengan penjawat awam

SEMALAM 1.6 juta penjawat awam di negara ini mendapat berita yang menggembirakan. Selain kenaikan gaji, banyak insentif lain telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melihat kepada insentif yang diumumkan oleh beliau sebelum ini, termasuk ketika pembentangan Bajet 2018 pada tahun lalu, jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) memang menjaga kebajikan penjawat awam.

Disebabkan kelebihan yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini, banyak pekerja swasta yang `cemburu’ melihat rakan-rakan dalam sektor awam menikmati insentif tersebut.

Ia begitu berbeza dengan zaman pemerintahan Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Tanyalah mereka yang pernah berkhidmat pada zaman Mahathir, berapa kali kenaikan gaji diberikan dan berapa kali bonus dinikmati oleh mereka.

Keadaan penjawat awam ketika ini sangat berbeza dengan zaman dulu. Mereka ditatang oleh kerajaan BN, tidak seperti Pakatan Harapan (PH). Belum kuasai negara, sudah berangan mahu buang sebahagian penjawat awam ini.

Penang Institute, sebuah badan pemikir DAP di Pulau Pinang sebelum ini pernah mencadangkan supaya jumlah penjawat awam dikurangkan dengan tujuan menurunkan defisit belanjawan negara. Ia juga berpendapat terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

Bukan itu sahaja, pembangkang turut mengeluarkan perkataan tidak baik kepada penjawat awam, termasuk kucing kurap, berlebihan dan membebankan.

Kucing kurap merujuk kepada kontroversi yang berlaku melibatkan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun, pada 2013, yang menggelar penjawat awam sebagai ‘kucing kurap’.

Ooi telah mengeluarkan kenyataan melabelkan beberapa pengawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai ‘kucing kurap’ kerana tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong, selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pula pernah menganggap penjawat awam membebankan.

Bayangkan jika Pakatan Harapan memerintah, apa akan jadi kepada penjawat awam. Kita bimbang akan berlaku tranformasi besar-besaran melibatkan mereka. Ia bukan untuk menakutkan penjawat awam, sebaliknya menyedarkan mereka mengenai kerajaan BN yang prihatin terhadap mereka selama ini.

Atas sebab itulah maka mereka perlu memberikan sokongan dan menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan. Jangan ambil risiko untuk memilih Pakatan Harapan. Kosong habis Putrajaya kena buang dengan kerajaan DAP nanti.

Siapa yang DAP akan ambil untuk isi orang yang dibuang ini? DAP akan pakai konsep pemilihan cara Malaysian Malaysia. Menangis pun tidak berguna pada masa itu, merempatlah Melayu kalau tersalah buat pilihan pada kertas undi. – theRakyat

Beruang Biru
BB854, Khamis
5 April 2018

KOMEN

WORDPRESS: 1
  • comment-avatar
    Muhamad bin Nan 3 minggu yang lalu

    Nak selamat? UNDILAH PAS.