Apa lagi penjawat awam nak, semua sudah dipenuhi

Apa lagi penjawat awam nak, semua sudah dipenuhi

PENJAWAT awam adalah kawan setia kerajaan. Itulah antara ucapan penting Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Amanat Perdana Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), hari ini.

Selain mengumumkan beberapa insentif berbentuk kenaikan gaji dan elaun kepada penjawat awam, beliau juga mengingatkan kepada golongan itu agar wajib wala’ kepada pemimpin yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui proses pilihan raya.

Sesungguhnya kakitangan awam di negara ini bertuah kerana mempunyai pemimpin atau Perdana Menteri dari Barisan Nasional (BN) yang sentiasa prihatin dan mendengar rungutan mereka.

Apa saja mereka mahu, kerajaan akan tunaikan. Antaranya kenaikan gaji, pemberian bonus, bantuan awal persekolahan dan bayaran khas berjumlah RM1,500 yang dibayar sebanyak dua kali.

Bayaran pertama RM1,000 dibuat pada Januari bagi membolehkan kakitangan awam membeli dan menyediakan peralatan persekolahan anak-anak, manakala bayaran kedua sebanyak RM500 dibuat seminggu sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pendek kata tidak rugi penjawat awam yang berjumlah kira-kira 1.6 juta wala’ kepada kerajaan hari ini kerana kebajikan dan nasib mereka sentiasa terjaga.

Bayangkan di awal tahun 90-an gaji pekerja antara RM350 hingga RM750 sebulan, kini di peringkat budak pejabat pun gaji sudah mencecah hampir RM1,500 atau lebih.

“Tidak seperti pihak sebelah sana (Pakatan Harapan), mereka sudah berjanji kalau menang dan dapat membentuk kerajaan, mereka akan kurangkan jumlah penjawat awam dari 1.6 juta kepada hanya 400,000 orang sahaja,” kata Najib.

Kalau Pakatan Harapan benar-benar mengotakan janjinya, apa akan berlaku kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam yang telah dibuang kerja atau jawatan mereka ditiadakan? Itu baru mereka. Bagaimana anak-anak, suami dan isteri kalau isteri dan suami mereka dibuang kerja?

Perkara sebaik ini yang kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan sejak merdeka pun rakyat tidak boleh fikir atau ambil ikhtibar, bagaimana sekiranya ia menjadi kenyataan di bawah kerajaan Pakatan Harapan?

Daripada yang kita cuba nak bayangkan menjadi kepada yang kita tidak boleh bayangkan sekiranya 1.2 juta penjawat awam menjadi penganggur.

Kita tidak perlu ambil apa yang kerajaan terdahulu buat, ambil saja apa yang Najib lakukan kepada penjawat awam pada hari ini.

Beliau mengumumkan kenaikan gaji tahunan untuk semua 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai ini sebagai insentif menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah mereka sebagai kawan setia kerajaan.

Kenaikan gaji ini menurut Perdana Menteri, akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

“Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan, di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018,” katanya.

Selain kenaikan gaji, Perdana Menteri juga mengumumkan kerajaan bersetuju pelaksanaan kenaikan pangkat ‘time-based’ berasaskan kecemerlangan kali kedua untuk kumpulan pelaksana dipendekkan daripada 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari tahun ini (2018).

Ini bagi memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai dalam kumpulan pelaksana untuk semua perkhidmatan, termasuk pasukan beruniform. Pelaksanaan ini sahaja melibatkan 13,006 pegawai dan pertambahan implikasi kewangan sebanyak RM34 juta bagi tahun 2018.

Tidak cukup dengan itu, Najib turut mengumumkan kerajaan juga bersetuju mewujudkan gred lapisan kenaikan pangkat baharu iaitu Gred DG56 untuk pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah berada lebih daripada lima tahun di Gred 54 dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Pewujudan lapisan Gred DG56 ini juga akan memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323 pegawai, dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta mulai 1 Januari 2019.

Apa lagi yang kerajaan awam tidak berpuas hati dengan kerajaan? Semua tuntutan, semua rungutan dipenuhi, malah ditambah lagi melalui beberapa kaedah yang semua pihak kagum dengan kepimpinan Najib.

Kepada pegawai lantikan kontrak pun tidak pernah dilupakan Perdana Menteri, apabila beliau mengumumkan untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa mereka berkuat kuasa 1 Julai ini.

Kerajaan sudah menunaikan hampir semua tuntutan dan permintaan penjawat awam. Sekarang tiba giliran penjawat awam untuk membalas jasa kerajaan.

Tugasnya tidalah berat sangat. Ia hanya seperti pesta sahaja. Iaitu pada hari mengundi ini, turunlah beramai-ramai dan pangkahlah lambang dacing. Pastikan kerajaan Persekutuan hari ini terus kekal pada PRU 14 ini. – theRakyat

KOMEN

WORDPRESS: 3
  • comment-avatar
    Ust Din Kg Limbat 3 minggu yang lalu

    Selepas kerajaan umum semalam gaji penjawat awam naik 1 anak tangga, ramai yang meroyan termasuk geng penyokong pembangkang kononnya hasil mereka membangkang la kerajaan menaikkan 1 anak tangga gaji dan bla bla bla… ada jugak yang kata kerajaan zalim sbb penjawat awam jer naik gaji rakyat tak dapat ape2…o wh nih nak royat buwi ko puak demo, banyak doh kerajaan buwi ko rakyat BR1M, bantuan utk nelayan, bantuan utk pesawah, kwamp, baucer buku dan lain2…hok hairannya yang meroyan dikalangan penyokong pembangkang itu adalah pekerja kerajaan… tolol molek… sepatutnya puak demo bersyukur sbb Dato Seri Najib beri perhatian belako ko rakyat… zaman Tun Mahathir dulu rakyat tak boleh rasa sikit pun habuan dari kerajaan… sekarang ini mcm2 kerajaan bagi…tak bersyukur lagikah? Nabi S.A.W ada bersabda:

    لا يشكر الناس لم يشكر الله.
    Jika kamu..tidak berterima kasih kepada manusia mereka juga tak mensyukuri Allah.

  • comment-avatar
    RAH Pengkalan Chepa 3 minggu yang lalu

    Tokoh-tokoh yang aku jangka akan kalah teruk dalam PRU14:
    1. Mahathir walaupun kawasan mana dia bertanding
    2. Mat Sabu walaupun di kawasan mana dia bertanding
    3. Husam kalau dia bertanding di Kelantan
    4. Muhyiddin Yasin kalau dia mempertahankan kerusinya
    5. Shafei Afdal kalau dia mempertahankan kerusinya.
    Tak percaya??? Tunggu dan lihat.

  • comment-avatar

    Satu undi kita boleh menentukan apa akan jadi sepanjang 5 tahun akan datang.