Manifesto beri penghormatan paling tinggi kepada wanita

Manifesto beri penghormatan paling tinggi kepada wanita

KUALA LUMPUR – Manifesto kali ini memberi penghormatan paling tinggi kepada ibu dan wanita di Malaysia.

Itu pendapat Ketua Pergerakan Wanita BN, Tan Sri Shahrizt Abdul Jalil sambil menghargai penghormatan yang ditunjukkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dalam Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diumumkan malam tadi.

Bagi Shahrizat, ia merupakan satu sejarah bukan sahaja kepada Wanita BN bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi BN kerana di bawah kepimpinan beliau meletakkan wanita di satu tempat yang amat mulia.

“Hari ini Datuk Seri Najib dan Kerajaan BN meletakkan ibu, wanita dan isteri di satu tempat yang amat mulia. Kesejahteraan wanita, kebahagian wanita, kejayaan wanita menjadi akujanji utama Manifesto BN,” katanya yang ditemui pemberita selepas Pelancaran Manifesto BN di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Shahrizat berkata, bagi memperincikan inisiatif kepada golongan wanitu itu, pihaknya juga akan melancarkan Manifesto Wanita BN dalam masa terdekat.

“Kami Wanita bersama Datuk Seri Najib kita akan lancarkan Manifesto Wanita yang akan memperincikan penghormatan yang diberikan oleh Preside BN kita,” katanya.-theRakyat

KOMEN

WORDPRESS: 1
  • comment-avatar
    Muhamad bin Nan 3 minggu yang lalu

    Kak jat nampak dah berumur dah,bagi peluang kpd puteri pula.