DAP kini hamba Mahathir?

DAP kini hamba Mahathir?

Tun Dr Mahathir Mohamad

SIAPA yang tidak tahu tentang persengketaan dan perseteruan antara bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan DAP, terutama Pengerusinya, Lim Kit Siang.

Selama berdekad, kedua-duanya ibarat anjing dengan kucing yang saling bercakaran yang saling tuduh menuduh dan saling kata mengata.

Dr. Mahathir dan DAP merupakan musuh sejak azali. Sejak dari awal Dr. Mahathir terbabit dengan politik, DAP merupakan musuh utamanya.

Kelantangan Dr. Mahathir mengkritik dasar DAP, memberi amaran kepada orang Melayu akan bahaya doktrin yang dibawa oleh parti cauvenis itu berjaya menonjolkan dirinya dalam kalangan orang Melayu hingga diangkat menjadi pemimpin UMNO seterusnya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Sepanjang Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau langsung tidak memberi `muka’ kepada Kit Siang dan DAP. DAP diserang habis-habisan sebagai semua parti cauvenis yang jika dibiarkan menguasai pemerintahan negara, orang Melayu dan bumiputera bakal terpinggir di bumi sendiri.

Sebab itu sepanjang Menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah melakukan apa juga yang perlu termasuk menggunakan Akta Keselamatan dalan Negeri (ISA) untuk melemahkan perjalanan dan pengaruh politik DAP.

Ramai pemimpin DAP termasuk Kit Siang sendiri ditahan di bawah ISA dan disumbat ke Penjara Kamunting.

Tentu para pemimpin DAP tidak melupakan Ops Lalang yang berlaku sekitar tahun 1987.

Operasi lalang yang secara khususnya adalah untuk melemahkan pergerakan politik DAP dianggap sebagai serangan
paling serius dalam sejarah Malaysia terhadap masayarakat Awam.

Mereka yang ditahan termasuk Kit Siang, mendiang Karpal Singh dan bekas ahli parliman DAP bagi Petalig Jaya, Kua Kia Soong.

Kia Soong dalam tulisannya di satu portal berita berkata dia bersama mendiang Karpal serta semua tahanan Ops Lalang di ulang tahun pertama operasi itu pada pada 1988 telah membuat deklarasi yang antara lain melabelkan pentadbiran Dr. Mahathir telah membuat serangan yang paling kejam ke atas institusi demokrasi negara.

Kenapa Dr. Mahathir sanggup melalukan tindakan yang dianggap kejam dan mencemarkan institusi demokrasi negara itu?

Jawapannya ialah itu merupakan cara beliau untuk mengurangkan pengaruh musuh-musuhnya terutama DAP yang dipimpin oleh Kit Siang ketika itu.

Malah ketika menyertai kempen pada PRU13 Dr. Mahathir secara lantang mengatakan Kit Siang seorang yang rasis dan bapa kepada segala rasis.

Pada masa sama DAP juga lantang mengkritik Dr. Mahathir sama ada dalam hal yang berkaitan pentadbiran mahupun personal.

Daripada awal pembabitan Dr. Mahathir dalam politik, Kit Siang sudah menggelar beliau sebagai ultra Melayu yang meminggirkan kepentingan kaum lain.

Anak Kit Siang, Lim Guan Eng yang kini mewarisi kepimpinan DAP daripada bapanya itu turut mengkritik Dr. Mahathir yang hanya mengkayakan anak-anak dan kroninya sahaja.

Pada DAP terutama Kit Siang dan anak beranaknya, Dr. Mahathir merupakan perosak kepada agenda Malaysian Malaysia mereka.

Oleh itu apabila DAP berpakat dengan Dr. Mahathir malah bersetuju untuk mengangkat bekas presiden UMNO itu sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pda PRU14, ia dianggap sebagai satu keajaiban.

Apa yang tidak ajaibnya, apabila dua musuh sejak azali tiba-tiba boleh berpakat.

Kesanggupan DAP untuk mengorbankan logo roketnya untuk bertanding menggunakan logo PKR pada PRU kali ini juga dilihat sebagai kejayaan Dr. Mahathir menjinakkan pemimpin parti cauvenis itu.

Sebelum ini ketika berpakata di bawah pakatan rakyat bersama Pas, DAP mempertahankan untuk menggunakan logo partinya dengan alasan jika menggunakan logo lain ia boleh menjejaskan sokongan pengundi kepada parti itu,

Tetapi kali ini DAP mengalah, malah sanggup mengketepikan logo parti yang telah menjadi lambang perjuangan mereka selama ini. Akhirnya mereka tunduk kepada Dr. Mahathir

Kesediaan DAP itu dilihat sebagai kejayaan Dr. Mahathir mempengaruhi dan menjinakkan minda bekas musuhnya itu sehingga DAP sanggup meminggirkan logo sendiri dan menggunakan logo parti yang masih berusia setahun jagung iaitu PKR.

Jika pada tahun 1987 Dr. Mahathir menyumbat para pemimpin DAP ke dalam penjara, pada tahun 2018 Dr. Mahathir boleh memastikan pula pemimpin DAP tunduk kepada desakannya termasuk mengketeopikan logo parti sendiri pada pilihan raya kali ini. – theRakyat

KOMEN

WORDPRESS: 0