Napsiah Omar meninggal dunia

Napsiah Omar meninggal dunia

Napsiah Omar

KUALA LUMPUR – Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia hari ini di kediamannya anaknya di Ampang Jaya akibat barah hati.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Surau Tunku Mukhriz Kampung Jawa, Kuala Pilah sebelum solat zohor esok.

Allahyarham yang berusia 74 tahun menjadi Ahli Parlimen Kuala Pilah pada tahun 1982 dan kemudian dilantik  Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jawatan-jawatan lain Allayarham adalah Menteri Perusahaan Awam dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial.

Allahyarham dianugerahkan Tokoh Melayu Terbilang sempena Ulang Tahun UMNO k-71 pada Mei tahun lepas.

TheRakyat turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

 

KOMEN

WORDPRESS: 0