Cukup-cukup sudah Muhyiddin

b- a- Cukup-cukup sudah Muhyiddin

Setidak-tidaknya Barisan Nasional tidak meletakkan calon-calonnya kerana emosi dan hanya tujuan kepentingan peribadi semata-mata seperti pembangkang.

Muhyiddin Yassin masih tidak jemu-jemu mahu merosakkan persepsi rakyat dengan cerita-cerita yang tidak berasas. Kali ini Muhyiddin Yassin dengan sengaja memburuk-burukkan Barisan Nasional dengan menyatakan bahawa BN tidak mempunyai banyak pilihan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kenyataan ini telah dikeluarkan di Portal Astro Awani pada 25 April 2018. Apabila semakin hampir dengan PRU14, Muhyiddin Yassin seolah-olah tidak boleh duduk diam.

Ada sahaja ‘wayang’ politik yang diciptanya bertujuan untuk menimbulkan suasana ragu-ragu dan tidak percaya rakyat kepada Barisan Nasional. Yang menjadi tanda tanya mengapa Muhyiddin Yassin perlu kisah sama ada Barisan Nasional ingin meletakkan calon lama atau tidak?

Sedangkan dalam undang-undang demokrasi tiada pula menetapkan sesebuah parti tidak boleh meletakkan calon yang sama. Jadi ia bukanlah salah satu masalah yang besar seperti yang di canang oleh Muhyiddin Yassin.

Tentunya Barisan Nasional telah membuat penghitungan yang sewajarnya untuk meletakkan calon lama di kawasan-kawasan tertentu. Salah satu faktor yang kuat adalah calon lama mempunyai rekod yang bersih dan positif di sesuatu kawasan.

Lagi pula, kebanyakkan calon-calon lama Barisan Nasional merupakan pemimpin yang telah memegang jawatan seperti ketua bahagian, menteri dan sebagainya.

Jadi sudah pasti, mereka ini mempunyai banyak pengalaman dalam dunia politik sekali gus mampu menjadi pemimpin yang terbaik. Tidak salah untuk Barisan Nasional membariskan calon-calon lama dalam PRU14.

Setidak-tidaknya Barisan Nasional tidak meletakkan calon-calonnya kerana emosi dan hanya tujuan kepentingan peribadi semata-mata seperti pembangkang.

Jika sesebuah parti yang bertanding pada PRU14 hanya bertujuan emosi dan kepentingan peribadi, saya percaya ia akan hanya mengancam sistem demokrasi di negara ini sahaja.

Jadi sebelum Muhyiddin Yassin menuding jari ke Barisan Nasional ada baiknya nilai sendiri parti Pakatan Harapan. Mereka juga meletakkan calon-calon ‘recycle’ dan lebih ramai calon ‘recycle’ berbanding muka-muka baharu.

Misalnya Lim Kit Siang yang masih tetap mahu bertanding di Iskandar Puteri (dulu Gelang Patah). Ini bukan calon ‘recycle’ ke Muhyiddin Yassin?

Kesimpulannya, saya yakin rakyat bijak dalam menilai setiap calon-calon yang bertanding di kawasan masing-masing. Penilaian mereka bukan hanya tertumpu kepada calon lama ataupun tidak tetapi melihat dari segi kredibiliti seseorang itu sebagai pemimpin. Sama ada mampu atau tidak mengangkat suara-suara rakyat ke peringkat yang lebih tinggi.

Dhia Hani
Persatuan Pemikir Muda Johor

KOMEN

WORDPRESS: 0