Benarkah Mahathir pulang ke gagang

b- a- Benarkah Mahathir pulang ke gagang

ADA yang kata keputusan Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding di Parlimen Langkawi ibarat sireh pulang ke gagang kerana bekas perdana menteri itu dikatakan banyak berjasa kepada penduduk langkawi.

ADA yang kata keputusan Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding di Parlimen Langkawi ibarat sireh pulang ke gagang kerana bekas perdana menteri itu dikatakan banyak berjasa kepada penduduk langkawi.
Tapi betulkah keputusan Dr. Mahathir bertanding di pulau legenda itu benar-bener sireh pulang ke gagang? Atau Dr. Mahathir sekadar mencari tempat yang selamat untuk memastikan beliau kembali berkuasa pada usia 93 tahun?
Atas kertas nampak seperti Dr. Mahathir sangat berjasa kepada penduduk Langkawi apabila pada 1987 mengisytiharnya sebagai pulau bebas cukai.
Ekoran daripada status bebas cukai itu Langkawi dikatakan telah bangkit dari sumpahan dan menjadi destinasi pelancongan tumpuan sama ada dari dalam mahupun luar negara.
Namun, benarkan penduduk tempatan benar-benar mendapat manfaat yang paling besar ekoran perubahan mendadak di Pulau Langkawi itu? Atau kroni Dr. Mahathir yang paling bertuah?
Benar Langkawi menjadi tumpuan dalam dan luar negara. Industri pelancongan di pulau itu meningkat berkali ganda.
Pamera Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang diadakan setiap dua tahun sejak 1993 juga turut memberi sumbangan kepada kehadiran pelancongan di pulau itu selain Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) yang pernah menjadikan pulau itu tumpuan pemimpin dari seluruh dunia.
Realitinya, semuanya itu sekadar hiasan untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir ke atas Langkawi.
Sebelum diisytihar sebagai pulau bebas cukai, sebelum Dr. Mahathir menjadi perdana menteri, bahagian tengah Pulau Langkawi dikuasai oleh ahli perniagaan, Tan Sri Loh Boon Siew yang memiliki ladang getah dari Kuah hingga ke Ayer Hangat.
Selepas mendapat status bebas cukai, tanah milik Boon Siew itu kekal, namun bahagian-bahagian lain yang strategik turut diagih-agihkan oleh Dr. Mahathir kepada kroninya melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Segala teluk, tanjung dan pantai semuanya diagihkan kepada mereka yang rapat dengan Dr. Mahathir. Tanah dibeli daripada penduduk pada harga murah tetapi dijual semula dengan harga yang lebih tinggi. Akhirnya penduduk tempatan juga makan kuah.
Kalau tidak percaya cuba teliti satu persatu pecahan pembangunan di Langkawi dari tahun pertama ia diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai hingga ke hari ini.
Teluk Burau yang terletak di barat laut Langkawi di majukan oleh Kumpulan Berjaya milik Tan Sri Vincent Tan. Di sini terletaknya Berjaya Langkawi Resort dan hampir keseluruhan Teluk Burau dikendalikan oleh Vincent Tan termasuk perkhidmatan kereta kabel ke puncak gunung Mat Chincang.
Bersebelahan dengan Berjaya Langkawi Resort, dipisahkan oleh banjaran Gunung Mat Chincang pula ialah Teluk Datai yang menempatkan Datai Resort dan Andaman Resort, resort mewah lima bintang yang cukup ekslusif.
Walaupun kini kedua-dua resort itu dikendalikan oleh anak syarikat Khazanah Nasional, namun satu ketika dahulu kawasan Teluk Datai adalah dibawah Kumpulan YTL.
Hubungan baik kumpulan YTL ini dengan Dr. Mahathir memang diakui semua orang.
Dua teluk tersebut yang terletak di Laut Andaman dengan pantai yang cantik lagi eksklusif seolah-olah menjadi milik dua taikun tersebut.
Dua teluk sudah dibahagikan kepada dua kroni. Bagaimana pula dengan tanjung?
Bagi orang lama di Langkawi tentunya masih ingat eksklusiviti Tanjung Rhu yang diserahkan kepada ahli perniagaan Tan Sri Tajudin Ramli dengan mengubah landskap kawasan itu melalui jenama hotel Radisson Tanjung Rhu.
Satu lagi tanjung adalah Tanjung Malai di bangunkan oleh kumpulan Resort World yang dijadikan jeti pendaratan kapal persiaran mewah baut satu ketika dahulu. Kini kapal-kapal persiaran mewah itu tidak lagi singgah di Langkawi.
Mereka yang biasa dengan Langkawi tentu masih ingat nama Tan Sri Ting Pek Khiing pemilik Kumpulan Ekran. Mereka juga tentu masih ingat bagaimana Ekran memiliki sebahagian besar keluasan tanah di Langkawi terutama di sekitar Padang Matsirat iaitu kawasan pantai di sepanjang Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Cerita Delima Resort yang memiliki 1,500 bilik tentu masih utuh dalam pemikiran penduduk di Langkawi kerana beroperasi tanpa memiliki permit layak menduduki yang sah hingga akhirnya terpaksa dirobohkan.
Sebahagian daripada tapak Delima Resort itu kini menjadi tapak latihan polis.
Pek Khiing turut membina taman tema berbumbung bersebelahan dengan Langkasuka Resort yang juga milik Pek Khiing yang akhirnya menjadi projek gajah putih.
Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri dan Hotel Lang yang terletak di sebelahnya juga merupakan projek di bawah Pek Khiing.
Satu lagi projek yang diberikan oleh Dr. Mahathir kepada Pek Khiing ialah pembinaan rumah mesyuarat kabinet di atas puncak Gunung Raya yang rasanya pada masa ini terbiar begitu sahaja.
Seorang lagi kroni Dr. Mahathir yang turut mendapat tempat di Langkawi ialah Tan Sri Ananda Krishnan melalui Binariang yang mendapat projek satelit Measat di mana menara kawalan satelitnya terletak di puncak Gunung Raya.
Tentu ada yang masih ingat bagaimana Dr. Mahathir bersama isteri dibawa bercuti menaiki kapal mewah berwarna hijau oleh Ananda dari jeti Langkawi Yatch Club ketika projek satelit itu berada di kemuncaknya.
Pendek kata pada masa itu siapa yang menjadi kroni Dr. Mahathir akan mendapat tanah di Langkawi untuk dimajukan termasuk pusat peranginan Kampung Tok Senik yang menjadi tempat Dr. Mahathir singgah minum teh tarik setiap kali beliau melawat Langkawi.
Adakah penduduk tempatan langsung tidak ada peluang? Tentunya ada. Penduduk tempatan ratanya menjadi pemandu teksi atau pun pekerja rencam hotel. Pengurusan kanan hotel di Langkawi semua orang luar termasuk Mat Saleh.
Mana-mana orang Langkawi yang mengusahakan hotel atau chalet semuanya atas usaha sendiri tanpa dibantu.
Malah ada pula terpaksa menutup perniagaan chalet mereka kerana kawasan pantai terbabit telah diserahkan oleh LADA kepada kroni-kroni Dr. Mahathir.
Ini berlaku di Pantai Kok, apabila pengusaha chalet tradisional khusus untuk pelancong backpacker terpaksa mengalah kepada kekuasaan LADA sekita tahun 1994 hingga 1997.
Sebahagian daripada Pantai Kok dibangunkan dengan jeti kapal layar mewah Telaga Harbour yang didakwa dikendalikan oleh pelayar solo negara Datuk Azhar Mansur.
Itulah cerita Langkawi yang kini kawasan parlimen akan ditandingi oleh Dr. Mahathir. Sama ia ibarat sirih pulang ke gagang terserah kepada penduduk Langkawi sendiri untuk menilainya. – theRakyat

KOMEN

WORDPRESS: 0