Mahathir cantas Anwar sekali lagi

b- a- Mahathir cantas Anwar sekali lagi

Untuk kali kedua, Anwar sekali lagi terpaksa menunggu giliran di belakang Mahathir. Seperti yang dikatakan oleh Lim Kit Siang, kalau pakatan menang dalam PRU14, Mahathir akan jadi perdana menteri ketujuh, Anwar akan jadi perdana menteri ke lapan.

TIDAK faham apa yang peyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Ismail terlalu menyanjung Tun Dr. Mahathir Mohamad hingga sanggup mengangkat bekas perdana menteri itu untuk sekali lagi menjadi perdana menteri jika pakatan menang PRU14.
Tidak faham bagaimana penyokong-penyokong PKR yang selama ini berjuang untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri tiba-tiba sanggup memberi laluan kepada Dr. Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh dan Anwar kembali menunggu giliran di belakang Dr Mahathir sebagai perdana menteri ke lapan.
Berdasarkan kepada urutan ini, nampaknya Dr. Mahathir sekali berjaya mencantas Anwar daripada menjadi perdana menteri dan terpaksa menunggu gilirannya di belakangnya, giliran yang entah tiba atau tidak.
Sedangkan PKR itu wujud atas keringat dan air mata apa yang dipanggil pejuang-pejuang reformasi demi menaikkan Anwar sebagai perdana menteri.
Kepada para penyokong tegar PKR, cuba imbas kembali bagaimana Anwar dicantas oleh Dr. Mahathir di saat beliau hampir-hampir menjadi perdana menteri.
Cara Anwar disingkirkan pula cukup dahsyat termasuk dimalukan, dipukul dan dipenjarakan oleh rejim Mahathir yang digelar mahazalim dan mahafiraun hingga membawa kepada lahirnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi menuntut keadilan untuk membela Anwar yang teraniaya.
Dr. Mahathir mencanang ke seluruh dunia alasan beliau memecat Anwar. Ayat-ayat yang digunakan oleh Mahathir ketika merasionalkan perbuatan itu sampai tidak sanggup di dengar, apatah lagi diulang. Sedomi, liwat dan beberapa lagi perkataan yang dikaitkan dengan Anwar menjadi halwa telinga dan tatapan bacaan.
Anwar berperang habis-habisan dengan Dr. Mahathir. Para penyokong tegarnya sanggup mempertaruhkan nyawa baring di jalan raya untuk menghalang kemaraan polis yang diarahkan oleh Mahathir.
Semuanya penuh dengan keperitan dan kesengsaraan. Anak-anak anwar yang masih kecil termasuk Nurul Izzah turut sama diheret ke kancah pergelutan dengan Mahathir ini demi meraih simpati rakyat.
Laungan reformasi jatuhkan Mahathir, pecat Mahathir, penjarakan Mahathir, Mahathir zalim dan sebagainya pula dicanang oleh para pemimpin pembangkang yang diketuai Anwar untuk menjatuhkan Mahathir dan mengangkat Anwar sebagai perdana menteri.
Itu semua berlaku sehingga PRU13. Lima tahun lepas. Tetapi kini segalanya terbalik. Ketika Anwar masih menghabiskan sisa hukuman di penjara Sungai Buluh atas rentetan peristiwa yang didedahkan oleh Mahathir, kini Mahathir pula telah merampas dan menunggang perjuangan Anwar demi mempertahankan kepentingan anak-anaknya.
Puak-puak dalam pakatan pembangkang pun cukup teruja dengan penyertaan Mahathir dalam pasukan mereka walaupun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah berkata pada PRU13 kalau pakatan menang perkara pertama mereka akan buat ialah memenjarakan Mahathir.
Tetapi kini terbalik, daripada mahu sumbat Mahathir ke penjara, kini hendak angkat pula Mahathir sebagai perdana menteri hingga mengketepikan Anwar.
Untuk kali kedua, Anwar sekali lagi terpaksa menunggu giliran di belakang Mahathir. Seperti yang dikatakan oleh Lim Kit Siang, kalau pakatan menang dalam PRU14, Mahathir akan jadi perdana menteri ketujuh, Anwar akan jadi perdana menteri ke lapan.
Selepas apa yang dilakukan, selepas negara huru-hara kononnya demi menegakkan reformasi untuk menjatuhkan kerajaan zalim Mahathir, namun kini Anwar kembali menjadi budak suruhan yang membontoti di belakang Mahathir. – theRakyat

KOMEN

WORDPRESS: 0