Orang Melayu kena ingat, undi PKR sama dengan undi DAP

b- a- Orang Melayu kena ingat, undi PKR sama dengan undi DAP

Mengundi kali ini bagaimanapun bukanlah sekadar memangkah di atas kertas undi sepertii 13 musim PRU yang lepas termasuk pilihanraya kecil diantaranya. Buat pertama kali, mengundi kali ini ada “permainan” yang orang Melayu terutamanya perlu berhati-hati.

Tinggal kurang daripada 24 jam, 14.3 juta orang pemilih berdaftar akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih, parti mana yang akan membentuk kerajaan untuk lima tahun yang akan datang.

Mengundi kali ini bagaimanapun bukanlah sekadar memangkah di atas kertas undi sepertii 13 musim PRU yang lepas termasuk pilihanraya kecil diantaranya. Buat pertama kali, mengundi kali ini ada “permainan” yang orang Melayu terutamanya perlu berhati-hati.

Kali ini ada satu lambang pembangkang yang membawa maksud dua parti – lambang PKR, tapi bermaksudkan DAP, parti yang berulang kali disebutkan Mahathir dan Muhyiddin sebagai parti rasis lagi chauvinist.

Tidak pernah dalam sejarah penubuhan parti berkenaan, mereka meninggalkan roket mereka di rumah dan bertanding atas tiket dan logo parti lain. Bagi DAP, logo roket itu adalah segala-galanya dan semua orang tahu bahawa itulah kebanggaan mereka sejak penubuhan parti berkenaan pada tahun 1966

Namun hari ini senarionya berubah. Matlamatnya kali ini adalah mahu orang Melayu mengundi calon DAP yang berselindung disebalik lambang PKR. Atas sebab itu keputusan dibuat agar lambang roket tidak lagi digunakan, melainkan di Sabah dan Sarawak – itupun kerana orang Melayu tidak ramai disana.

Jelas bukan?

Sekalipun ramai pemimpin kanan DAP seperti pengasasnya Dr. Che Man Hin sendiri membantah keras cadangan yang dimulakan Mahathir ini, Kit Siang nampaknya tidak peduli. Mengelirukan orang Melayu untuk mengundi calon DAP yang berselindung disebalik lambang PKR, adalah lebih penting.

Walau diketahui sejak PRU2008, PKR, sekalipun menyenaraikan calon teramai antara yang lain, tapi tetap tidak boleh menandingi DAP dari segi calon yang kemenangan, logo PKR tetap dipilih untuk mewakili gabungan pembangkang. Ia seumpama JDT menjadi juara Liga Malaysia tapi pasukan terbawah yang dihantar bertanding piala AFC – tidak kena bukan?

Tapi strategi ini yang dipilih kerana berbanding PAN dan PPBM, lambang PKR “lebih kuat” diantara dua itu. Bercakap tentang PPBM, parti itu bukan sahaja dalam proses untuk dibubarkan (hanya dihalang oleh perintah Mahkamah untuk satu prosiding semakan kehakiman yang sedang berjalan), lambang PPBM juga belum teruji dalam mana-mana pilihanraya.

Mudah untuk difahami, persetujuan DAP untuk hanya menggunakan lambang PKR ini sememangnya mempunyai sebabnya yang tersendiri. Bagi DAP, kuasa adalah segala-galanya dan mereka tidak kisah sekiranya mereka terpaksa menggadai dan menjual maruah parti demi kuasa.

Pun begitu percayalah, sekalipun menggunakan lambang PKR, idealogi DAP yang menjadi punca penolakan besar-besaran orang Melayu terhadap parti itu, tidak akan sesekali ditinggalkan. Guna lambang PKR dalam kempen pilihanraya kali ini hanya untuk menipu dan mengelirukan orang Melayu sahaja, selepas undi mereka dapat, semua orang DAP akan kembalik menggunakan logo roket semula.

Kita kesal kerana “Melayu” seperti Mahathir sanggup diperkudakan DAP untuk mencapai matlamat parti tersebut menyusup di kalangan orang Melayu dengan bertopengkan lambang PKR. Bukan rahsia Mahathir hanyalah kuda DAP untuk menarik sokongan Melayu.

Selepas sokongan diperoleh nanti, bak kata Nga Kor Ming, DAP akan ucap selamat tinggal kepada Mahathir.

Hanya #BersamaBN yang memperjuangkan hak dan pembangunan rakyat kerana BN berpegang teguh kepada prinsip #DahulukanRakyat. Hasil daripada menjaga kebajikan rakyat, barulah #HebatkanNegaraku dapat dibentuk.
#HarapanPalsu #HarapanFitnah #TsunamiPHitnah

Beruang Biru
BB909 Selasa
8 May 2018

KOMEN

WORDPRESS: 0