Tun, Maafkan Saya (catatan ini ditulis saat hati berdarah)

b- a- Tun, Maafkan Saya  (catatan ini ditulis saat hati berdarah)

Tun, Maafkan Saya (catatan ini ditulis saat hati berdarah)

Tun

Maafkan saya kerana menulis

mencatat saat air mata menitis kencang

mencari kata-kata saat hati berdarah merah

dan mencuri ruang dari nurani terluka

 

Tun,

Tanganmu pernah saya cium

dengan kasih sayang tanpa tepi

dengan cinta tiada hujung

dengan hormat yang tiada tara

kerana dirimu adalah ayahanda tersohor

kerana dirimu adalah pemimpin hebat

kerana dirimu adalah pejuang kental

yang meneruskan legasi berzaman

 

Tun

jangan kita membenci

jangan kita memfitnah

jangan kita berbunuhan

biar pendapat berbeza

jangan hati kita terbelah

kerana akibatnya mati!

 

Tun

Saat dirimu merajuk pada 2008

hanya Tuhan yang tahu isi hati ini

tadahan doa tiada berhenti

moga rajukmu tidak berpanjangan

alhamdulillah, dirimu kembali ke pangkuan

dengan senyum dan tawa.

 

Tun

Kali ini bukan rajuk, bukan sandiwara

di hatimu dendam yang marak

marah yang merah menyala

seluruh tanah  ini ibarat berdosa kepadamu

sehingga udaranya  meracuni nafasmu.

 

Tun

Segalanya jelas di  mata dan hatimu;

perihal IMDB, GST, BR1M, Pelabur China,

perihal minyak, perihal sara hidup, perihal segalanya

tapi mengapa dimanipulasi

mengapa tergamak berkata lain

seolah-olah segalanya tiada erti

hingga ramai yang terperdaya

mempercayainya sebagai fakta benar.

 

Kasihan mereka, Tun!

 

Tun

Kau izinkan dirimu menjadi umpan

Kau benarkan dirimu menjadi hamba

Kau realakan dirimu diperkudakan

Kepada manusia yang tamak kuasa

Kasihan dirimu, ayahandaku1

 

Tun,

Kenapa pecahkan orang Melayu?

Kenapa belahkan bangsa kita?

Kenapa huru harakan fikiran bangsa lain?

Kenapa bunuh mereka

Kenapa khianati Malaysia?

 

Tun,

Saya Melayu yang tidak pernah lupa

jasa, budi  dan sumbangan Tun terpahat jitu

juga tidak lupa perjuangan pemimpin terdahulu

bagi memerdeka dan membangunkan negara ini

juga pemimpin lain yang ada sumbangannya

priinsip  “tidak Melayu hilang di dunia” saya junjung

hingga ke nafas terakhir.

 

Tun

Saya, kami rakyat Malaysia

tidak akan lupa apa yang telah Tun lakukan.

Kami, anak, cucu, cicit dan darah kami

tak akan lupa dosa Tun kepada kami

tapi, kami ampunkan Tun

kerana kami sedar dirimu khilaf perhitungan.

 

Katamu;

“Dulu saya Presiden Umno tapi sekarang saya nak tumbangkan Umno”

Kata orang lama;

Nyiur gading puncak mahligai

Sayang ketupat berisi inti

Hancur daging tulang berkecai

Jangan khianat kepada parti.

 

Tun

Maaf buat kali terakhir

Kami tidak sanggup

Mengekori  langkah sumbangmu!

 

–_Anak Melaka

KOMEN

WORDPRESS: 0